Followers

Friday, June 11, 2010

SPM 2010

Sebelum kalian membaca entry di bawah ini, entry ini telah di copy dari blog jeff yang terdahulu..

SPM 2010

Assalammualaikum semua teman2 yang sudi singgah seketika melihat blog jeff yang tidak seseberapa ini..

Alhamdulillah.. nampaknya tujuan dan impian untuk jeff menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) calon persendirian pada tahun ini hampir2 tercapai..
Pada hari jumaat yang lepas 12hb Mac jeff telah pun pergi ker Pejabat Pelajaran Daerah Johor (PPD) untuk mendaftar diri sebagai calon SPM tahun ini.. Di sini juga jeff ingin mengucapkan terima kasih buat saudara Harman (Aman) yang telah meluangkan masa beliau untuk menghantar jeff ke PPD pada hari tersebut..

Sebanyak 6 mata pelajaran yang akan jeff ambil untuk exam nanti... ialah di dalam usia yang mengjangkau 25 tahun ni, dapat atau tidak otak jeff ini menerima sesuatu yang dah lama jeff tinggalkan... InsyaAllah semoga sahaja jeff boleh dan mampu melakukan yang terbaik demi untuk masa depan jeff.. Borang daftar masih lagi belum jeff isi, insyaAllah kejap lagi jeff isikan..

InsyaAllah hari selasa ini semua urusan menghantar borang ke Majlis Peperiksaan selesai, teman2 doakan iya.. mesti teman2 tertanya2 kenapa di usia 25 tahun ini baru jeff nak ambil peperiksaan SPM kan? kalau jeff nak cerita mesti panjang ceritanya, penat pula jari jemari ni nak menaip papan kekunci laptop ini.. jeff hanya dapat menceritakan serba sedikit cerita di sebalik insan ini...

Jeff hanya sempat sekolah di tingkatan 4 (4 Ekonomi) bukan kelas pandai pun.. hehehe.. jeff memang nak akhiri pelajaran jeff hingga ke tingkatan 5.. tapi sayang seribu kali sayang, impian hanya tinggal kenangan.. jeff bukan la datang dari kalangan keluarga yang bahagia seperti kawan2 yang lain.. mak dan ayah bercerai semasa jeff menduduki PMR.. dalam jangka masa itu, jeff menumpang di rumah kawan kelas jeff sekali gus keluarga kawan jeff yang bernama Ayub menjadi keluarga angkat jeff.. alhamdullilah keluarga angkat jeff faham akan masalah yang jeff hadapi.. mereka pun sudah menganggap jeff sebahagian keluarga mereka..

Secara jujurnya jeff ini seorang yang ingin memajukan diri, sebab itu jeff menjadi seorang yang memilih kawan dalam hidup jeff.. Alhamdulillah berkat berkawan dengan Razie dan Amir keputusan PMR jeff amat memuaskan hati jeff.. Razie dan Amir adalah kawanbaik jeff semasa di rumah dan di sekolah.. Razie dan Amir seorang yang bijak dan pandai dalam menguruskan masa belajar mereka.. iya la mereka di kelas Sains tentu la belajar adalah perkara paling utama.. jeff tak kisah orang nak cakap jeff seorang yang skima atau budak baik.. sebab hanya kita sahaja yang tahu siapa kita dan apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah Razie dan Amir sekarang telah berjaya dalam kerjaya nya..

Semangat dan dorongan kawan2 jeff yang berjaya dalam hidup la yang membuat jeff ingin seperti mereka.. sama ada cara yang jeff lakukan untuk memajukan diri ini cepat atau pun lambat.. orang kata biar lambat asalkan selamat.. huhuhu.. sekarang apa yang perlu jeff lakukan ialah fokus pada matlamat jeff yang sebenar.. impian jeff semoga tahun depan 2011 jeff dapat satu pekerjaan yang jeff impikan dan jeff ingin sambung belajar lagi.. di harap apa yang jeff usahakan dan impikan di tunaikan oleh ALLAH SWT.. amin.. buat teman2 semua, jeff harap kalian sentiasa mendoakan semoga impian jeff tercapai.. sekian buat tatapan teman2 sekalian.. Salam..

No comments:

Post a Comment