Followers

Thursday, June 17, 2010

SMK AIR TAWAR


Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar merupakan sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 dan ditadbirkan oleh seorang Penyelia.

Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah yang baru. Pada tahun ini sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat pertama kalinya di sekolah ini. Pelajar yang lulus dan mampu telah dihantar ke Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Air Tawar yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke FELDA Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya sekolah ini dibina di atas sebuah tapak seluas 13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 buah bangunan, sebuah bengkel dan sebuah kantin. Pada tahun 1983, sekolah ini dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.

Pembukaan sekolah ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Sehingga 2006 seramai 10 orang pengetua dan 2 pemangku pengetua telah bertugas mentadbir sekolah ini.


Kemudahan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar adalah seperti berikut:-

  • 8 buah Makmal Sains
  • 3 buah Makmal Komputer (MKYSI, MKICT, MKSTIC)
  • 2 Bengkel Kemahiran Hidup
  • Pusat Sumber Sekolah
  • Bengkel Reka Cipta
  • Bengkel MPV (Tanaman Makanan & Katering)
  • Bilik Kaunseling
  • Cyber Cafe

No comments:

Post a Comment