BERMULA DARI FACEBOOK
Tidak di sangka dan di duga Tanggal 11hb May 2010 adalah penamat buat satu perhubungan persaudaraan dan persahabatan buat Jeff dan Erik Setyawan. Mengimbas kembali detik perkenalan kami, bermula dari Facebook yang kini amat popular di serata dunia.. Jeff tidak menyangka hanya dengan sekali click accept friend request dari seorang insan yang menggunakan nickname Erik Setyawan yang berasal dari Balikpapan Indonesia.. Pada awal perbualan kami di facebook kami sering bertanyakan latar belakang diantara satu sama lain, Erik seorang yang agak berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu cerita kepada Jeff. Mungkin kerana kami masih lagi mengenali antara satu sama lain jadi beliau masih lagi ragu-ragu dengan siapa dia berkawan ketika itu. Secara jujurnya Jeff amat menghormati sikap yang dimiliki oleh beliau, yang tidak mudah mempercayai seseorang itu sebelum mengenali siapa Jeff sebenarnya. Beliau amat pemalu orangnya, kalau kita lihat di facebook nya tidak ada satu pun gambar yang menunjukan raut wajah beliau yang jelas. Kalau ada pun gambar itu mesti agak kabur dan rumit untuk di lihat, tetapi itu la sifat Erik Setyawan yang penuh dengan ketulusan dan kejujuran dalam mencari sahabat yang sejati. Sehingga akhir hayatnya Jeff tidak pernah lihat raut wajah beliau dengan jelas, itu adalah perkara yang amat jeff terkilan sangat-sangat hingga hari ini.
SEHARI-HARI DI FACEBOOK
Setiap kali Jeff online beliau tidak pernah jemu menyapa Jeff sama ada diruang comment mahu pun inbox. Beliau sering tanyakan khabar? dan dah makan ke belum?, tengah buat apa? dari persoalan yang pendek itu kami makin lama makin menjadi akrab dan selesa berkawan. Setiap kali Jeff online Jeff tidak jemu untuk lihat facebook beliau dan akan tinggalkan pesanan dan kalau beliau online dan jeff tidak online beliau juga akan melakukan perkara yang sama. Dari situ jeff dapat rasakan yang beliau ini adalah seorang yang jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan jeff. Apabila kami sama-sama online jeff akan tumpukan perhatian berchatting dengan beliau, kerana beliau ini seorang yang mudah untuk di bawak bersembang dan berkongsi pendapat dan juga pandangan. Sepanjang bersembang dengan beliau tidak pernah beliau membuat jeff terasa hati atau marah, beliau juga agak lucu orangnya suka menyakat dan bergurau dengan jeff. Sehingga satu ketika kami bertukar phone number dari saat itu kalau kami tak online kami akan sms. Alhamdulillah beliau sudah boleh mempercayai jeff persahabatan kami menjadi semakin rapat seperti saudara kandung sendiri. Dari saat itu perbincangan soal keluarga dan masalah peribadi adalah topic utama perbualan kami, beliau seorang yang mudah mendengar kata nasihat jeff. Apa yang jeff nasihatkan beliau akan terima bulat-bulat apa yang jeff katakan. Segala pendapat dan pandangan yang berguna beliau ambil untuk menjadikan garis panduan dalam kehidupan beliau. Masalah percintaan beliau juga akan mengadu kepada jeff dan akan menceritakan sejarah percintaanya, dari kisah kekasihnya di rampas oleh teman baiknya sendiri hingga ke kisah cinta jarak jauhnya. Jatuh bangun percintaan nya adalah satu sejarah yang tidak pernah beliau lupakan hingga nafas terakhirnya. Saat itu juga la jeff juga mengenali ahli keluarganya iaitu Kak Yosi dan Yoga serta Mamanya, disini jeff bukan sahaja menjalinkan hubungan persahabatan dengan beliau tetapi dengan ahli keluarganya juga.
KEHILANGAN PAPA TERCINTA
Pada penghujung tahun 2009 beliau telah menerima tamparan yang hebat atas pemergian Papanya yang tercinta. Papanya meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak iaitu Kak Yosi, Erik dan Yoga, ini lah yang dikatakan ketentuan Allah SWT kepada setiap manusia di muka bumi ini dari Dia kita dating dan dari Dia jugalah kita pulang. Kehidupan seharian beliau sekeluarga saat itu perlukan sokongan dan juga dorongan mental dan emosi. Jeff adalah seorang sahabat yang bertuah kerana jeff adalah insan yang beliau cari untuk meluahkan rasa kehilangan yang dihadapinya. Perginya seorang Papa sekali gus tiang dalam sesebuah institusi kekeluargaan amat perit bagi beliau sekeluarga untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Saat beliau kehilangan papa yang tercinya, beliau menjadi semakin down dan beliau sering termimpikan arwah papa nya. Iya beliau adalah anak yang manja dengan arwah papa nya. Jeff sering memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada beliau, Erik harus KUAT.. KUAT.. dan terus KUAT. Ini lah perkataan yang tidak pernah lekang dari bibir ini untuk menaikkan semangat beliau, jeff pasti bukan sahaja sokongan dan kata-kata semangat dari jeff yang beliau terima, pasti juga dari keluarga dan sahabat terdekat. Alhamdulillah beliau makin hari dapat menerima kenyataan dan ketentuan Allah SWT.
KEMBALI NORMAL
Kehidupan seharian beliau kembali normal dan beliau mengambil alih tempat arwah papanya di company keluarga mereka. Mengalas tanggungjawab sebagai director dan sekaligus ketua keluarga adalah satu tanggungjawab yang amat besar yang harus beliau pikul di usia yang muda (25 tahun). Syukur Alhamdulillah beliau menjalankan amanah arwah papanya dengan amat baik sekali, sekiranya arwah papanya masih ada, pasti arwah papanya bangga dengan kemajuan dan semangat putranya.
USA
Pada awal bulan Mac 2010 beliau membawa diri ke UK atas sebab-sebab yang tidak dapat jeff ulaskan di warkah ini. Keberadaan beliau di sana adalah untuk tenagkan hati dan perasaan yang mungkin agak serabut yang harus beliau tempuhi di Indonesia. Mungkin soal cinta, soal keluarga atau sebaliknya, hanya beliau sahaja yang tahu. Masa untuk kami berfacebook agak terbatas, kerana kalau di Malaysia siang di UK pula malam jadi kami punya waktu yang tertentu untuk berchatting. Hamper sebulan juga beliau disana, ada ketika itu seharian beliau tidak online facebooknya, jeff tidak berfikir yang bukan-bukan tentang keadaan beliau disana sehingga la jeff menerima sms dari rakannya (Reza) yang mengatakan erik kecelakaan/kemalangan langgar lari ketika beliau jogging di sekitar apartmentnya dan beliau dalam keadaan koma. Di facebook reza mencari saudaranya erik bernama “MJMA POYO!!!” dan reza juga bertanyakan ke jeff siapa saudara erik itu? MJMA POYO itu adalah jeff ternyata di buku harianya erik beliau tulis nama jeff MJMA POYO hehe mungkin banyak tentang jeff yang dicoretkan di dalam buku itu. Ketika itu jeff rasa nak percaya atau tidak apa yang dikatakan oleh reza, sehinggala jeff mempercayai itu benar-benar berlaku. 4 hari beliau koma di hospital di UK dalam masa 4 hari itu adalah hari yang menjadi penentu buat beliau sama ada terus hidup atau sebaliknya. Kemudian beliau ingin di bawa ke Singapura untuk rawatan lanjut oleh mamanya. Niat dihati jeff memang nak lawat beliau di Singapura, tetapi rezeki bukan milik jeff saat itu apabila beliau mula menunjukkan tindak balas yang positif dengan mengeluarkan air mata. Beliau terus di bawa pulang ke Indonesia dan menerima rawatan di sana. Hari demi hari jeff akan bertanyakan kondisi terbaru tentang beliau, terima kasih kepada reza yang tidak pernah jemu update info tentang erik ke jeff. Facebook jeff tidak jemu-jemu meminta teman-teman yang lain mendoakan moga beliau cepat sadar dari komanya dan kembali pulih dan sihat seperti biasa, hari-hari jeff update ke facebook tentang kondisi beliau dan mohon teman-teman berdoa untuknya. Alhamdullilah doa teman-teman dan keluagra terdekat di dengari Allah SWT, beliau sedar dari komanya. Beliau tidak boleh bercakap kerana mengalami kecerderaan di bahagian rahang dan pinggang yang amat teruk. Kedua- dua ginjal nya tidak boleh lagi di gunakan, beliau harus menjalani operation sekiranya penderma ginjal dapat dicari. Ketika itu beliau amat berasa putus harapan untuk hidup puas di pujuk oleh keluarga dan sahabat terdekat agar beliau menjalani operation itu tetapi tidak berjaya. Sehinggalah reza sms ke jeff meminta pertolongan agar memujuk erik untuk melakukan operation itu. Jeff hanya buat yang termampu dan yang terbaik pada masa itu, puas jeff nasihatkan beliau agar tetap KUAT.. KUAT.. dan terus KUAT.. kerana segala penyakit ada penawarnya dan ajal maut itu bukan di tangan manusia tetapi itu kuasa yang Maha ESA. Hanya Dia yang tahu bila ajal kita dan apa yang terbaik buat kita. Pasrah atau berputus asa bukan lah jalan penyelesaiyan yang terbaik, kita harus berusaha untuk meneruskan kehidupan. Semasa jeff call dia jeff hanya mendengar esakan tangisan beliau jeff ingin sangat mendengar suaranya tetapi hingga nafas terakhirnya jeff tak dapat lagi dengar suara beliau. Alhamdulillah setelah jeff nasihat dan memberikan kata semangat buat beliau, beliau setuju di operation mengantikan kedua-dua ginjalnya yang telah rosak. Jeff telah melakukan sedaya upaya jeff untuk membuat erik berasa hidup ini harus di teruskan dan mama, kak yosi dan yoga masih perlukan beliau meniti hari-hari yang mendatang. Ada 3 perkara yang amat jeff terkilan iaitu mendengar suaranya, melihat gambarnya dan berjumpa beliau itu adalah perkara yang tidak akan jeff lupakan seumur hidup jeff.
SALAM TERAKHIR
Sebelum beliau kembali koma akibat operation ginjalnya gagal, beliau menjalani hari-harinya dengan rasa takut dan sedih. Beliau banyak melakukan ibadat untuk bekal untuk kesana, beliau dapat rasakan yang kehidupan beliau di bumi Allah ini hanya tunggu waktu dan saat nya sahaja untuk pergi. Berita operation ginjal nya dah 5 hari beliau tau tapi beliau tidak mahu cerita ke jeff sebab tak nak jeff risau dan bersedih seperti mana beliau alami. Akhirnya beliau cerita juga ke jeff keadaan yang sebenar, doctor kata operation ginjalnya gagal dan beliau tidak punya waktu yang lama untuk hidup, mungkin esok, lusa atau sebalinya. Dengan nada yang hiba beliau kuatkan semangat untuk meneruskan menaip msg nya di facebook dan sms, pada waktu itu jeff hanya beristifar dan berdoa moga Allah tidak mengambil beliau dari kami, kerna kami sayangakan beliau. Dari saat itu kata-kata dan pesanan yang sering beliau ucapkan ke jeff, setiap kali membaca msg dan sms nya air mata ini tidak henti-henti jatuh ke pipi, Ya Allah kenapa lah sahabat sebaik beliau harus pergi meninggalkan jeff. Belum puas untuk kami mengenali antara satu sama lain, Engaku telah mengambilnya dari kami ternyata kasih sayang Engaku lebih hakiki dari kasih sayang kami buat beliau. Beliau telah hadiahkan jeff sehelai baju batik dan baju batik itu beliau suruh jeff pakai sewaktu melawat pusaranya. Ternyata baju batik itu dihadiahkan ke jeff untuk melawat pusara beliau. Beliau sering meminta maaf ke jeff sekiranya sepanjang perkenalan kami beliau ada melakukan kesilapan, jujur jeff katakan sepanjang kami kenal beliau tidak pernah melukakan hati jeff. Malah beliau adalah sabahat yang terbaik yang pernah jeff miliki. Segala kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh beliau berakhir dengan akhirnya nafas beliau di pagi 11hb May 2010 jam 5.15 pagi. Jam 7 lebih Jeff dapat panggilan dari Shaz yang menangis memberitahu “erik dah tak ada” jeff rasa itu tidak benar, setelah melihat hp yang terdapat 2 msg dari Shaz dan juga Reza. Jeff buka msg dari Reza dan membaca “Jeff erik dah wafat jam 5.15 pagi tadi setelah azan subuh” hati ini terhenti dan lemah untuk berkata-kata, termenung buat beberapa saat untuk mempercayai apa yang mereka katakana itu adalah benar. Jeff cuba bersikap tenang dan terima “budak poyo” dah tinggalkan jeff untuk selamanya, mana perginya gurauan, tawanya selepas ini? Erik tak akan chatting dengan jeff lagi di facebook selepas ini? Mana pergi nya erik yang selalu berkongsi masalah dengan jeff? Siapa lagi nak panggil jeff MJMA POYO selepas ini? Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan jeff waktu itu, menangis air mata darah sekali pun erik tak akan kembali. Walaupun persahabatan kami hanya lewat facebook dan sms kami terlalu akrab seperti saudara kandung sendiri. Selepas ini facebook jeff tidak akan diceriakan dengan kata-kata Erik setyawan lagi. Erik akan berjumpa papanya yang tercinta di alam yang lain, buat kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan untuk terus hidup. Walaupun kehidupan seharian kita tidak lagi seperti dahulu. Segala yang berkalu adalah kehendakNya, Dia lebih sayangkan erik lalu mengambilnya dari kita kerna itu milik Nya. Buat erik jeff amat sayangakan erik dan persahabatan yang telah kita jalin kan di waktu yang singkat ini, terima kasih banyak kerna telah menjadi sahabat yang terbaik yang pernah jeff punya. Jeff tidak akan pernah lupakan erik dalam sejarah hidup jeff, jeff bersyukur kerna Allah telah kurniakan jeff sahabat dan saudara yang paling pengertian dan ambil berat tentang jeff. Percaya la erik jeff akan sematkan sejarah persahabatan kita ini sentiasa di dalam hati jeff. Erik adalah sahabat yang baik dan terbaik buat jeff dan rakan-rakan yang lain. Mengenali insan yang bernama Erik Setyawan adalah perkara yang terindah dalam hidup jeff. MJMA POYO itu tidak ada yang bisa panggil kecuali erik, InsyaAllah sekiranya jeff punya kesempatan dan di panjangkan usia jeff akan lawat pusara erik dengan memakai baju batik pemberian erik itu..
“Salam Terakhir Buat Erik Setyawan Kini Dalam Kenangan”
(Lahir Pada 29hb July 1985)
(Wafat Pada 11hb May 2010)
BUAT KELUARGA ERIK SETYAWAN
Salam Takziah jeff ucapkan kepada Mama, Kak Yosi dan Yoga atas pemergian Erik. Hati jeff ini hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang jeff rasakan atas pemergian seorang sahabat yang jeff sayangi. Jeff harap Mama, Kak yosi dan Yoga tabah dan banyak kan bersabar dengan ujian yang Allah SWT berikan. Jeff harap perginya erik tidak menjadi satu penghalang buat kita tetap berhubung, kerna jeff dah anggap Mama, Kak Yosi dan Yoga seperti keluarga jeff sendiri.
Buat Mama :-
Banyakkan bersabar kuatkan iman dan banyakkan doa buat arwah papa dan erik. Mama adalah ibu yang terbaik buat erik dan isteri yang paling terbaik buat papa.. walapun jeff tidak pernah mengenali mama tetapi jeff percaya apa yang mama lakukan adalah yang terbaik buat anak-anak mama.
Buat Kak Yosi :-
Teruskan perjuangan papa dan erik di company itu jangan sia-siakan usaha mereka selama ini. Jeff pasti kak yosi bisa melakukan seperti apa papa dan erik lakukan.
Buat Yoga :-
Kak2 jeff pernah katakana ke yoga, yoga bukan punya kak erik sahaja tetapi yoga juga punya kak jeff. Kak jeff dah anggap yoga seperti adik kak2 sendiri. Kuliah yang rajin hingga mencapai kerjayaan ilmu dunia dan akhirat. Sebagai anak lelaki yoga harus KUAT.. KUAT dan terus KUAT.. seperti papa dan kak erik. Jaga mama dan kak yosi dengan sebaik-baiknya, ingat kita anak lelaki punya tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Kak2 percaya yoga bisa melakukan nya dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.
DIA YANG TERBAIK
Mengenali dirimu adalah perkara yang terindah dalam hidupku…
Pemalu, lucu, dan baik hati itu adalah diri mu…
Becerita dan berkongsi pendapat itulah kita…
Rapat seperti isi dan kuku jika pisahkan sama terasa sakitnya…
Tidak sedikit pun hati ini kau lukai…
Tidak sedikit pun perasaan ini kau permainkan…
Ucapan maaf tidak pernah putus kau ucapin…
Engkaulah sahabat yang terbaik pernah aku miliki…
KUAT.. KUAT.. dan terus KUAT itu la kata semangat yang tak pernah lekang dari bibirku...
Disaat kau hampir rapuh aku datang memberikan suntikan semangat…
Agar kau tidak berputus asa dan tidak hilang semangat juangmu…
Itulah kita yang membuat orang lain kagum akan persahabatan ini…
Kejujuran dan keikhlasan itulah yang kita perjuangkan…
Kerna itu kita tetap utuh diatas walapun ada diantara kita harus menangis…
Kini yang Maha Esa telah mengambilmu dari kami…
Air mata ini ibarat air sungai yang mengalir deras ke sisi pipi…
Adakah ini hanya mimpi?...
Kini tiada lagi gelak tawamu…
Kini tiada lagi jenakamu…
Kini tiada lagi panggilan “MJMA POYO” mu…
Kini tiada lagi mesej-mesej lucu mu…
Hanya sekelip mata kau hilang dari pandangan kami…
Aku akan merindui semua itu…
Kau tiada penggantinya…
Kau adalah sahabat sejatiku…
Rehat la kau disana untuk selamanya…
Hanya doa yang mampu aku kirimkan dalam sujudku…
Berbahagialah kau disana Erik Setyawan…
Al – Fatihah buat Erik & Papa…
“Erik Setyawan Kini Dalam Kenangan”
(Lahhir Pada 29hb July 1985)

No comments:
Post a Comment