Followers

Friday, June 18, 2010

Realistik Dan Materialistik

KITA PERLU BIJAK MENCATUR PEMBELANJAAN. JANGAN JADI MANGSA SEPERTI DI DALAM FILEM ‘CONFESSION OF A SHOPAHOLIC’.

Dunia kita hari ini penuh dengan dugaan, rintangan dan pancaroba. Bergaji RM2500 belum tentu memberikan kesenangan kepada kita. Jika sudah berkahwin dan tinggal di kota-kota metropolitan, perbelanjaan harian juga besar. Mana lagi nak bayar bil elektrik, air, ansuran bulanan kereta, rumah, pakaian, makan dan minum. Semua itu memerlukan duit. Itu tidak lagi dikira bayaran kad kredit, ASTRO dan tambang LRT. Boleh sakit kepala jika difikirkan. Tekanan juga boleh datang bila-bila masa sahaja dan wajah tua sebelum masanya.

Antara lelaki dan wanita, siapa yang realistik di dalam merancang perbelanjaan bulanan? Siapa pula yang lebih materialistik? Wanita memang obses dengan penampilan dan kecantikan. Tidak hairanlah pengeluar produk-produk kecantikan berlumba-lumba di dalam menghasilkan produk keluaran masing-masing. Mereka yakin, semahal mana produk yang diletakkan tanda harga, ia pasti menjana pendapatan yang tinggi. Selebriti wanita Hollywood contohnya, sanggup berbelanja USD100,000 untuk kelihatan cantik dan anggun.

Bayangkan hanya satu jam 30 minit mendapatkan rawatan spa, nilai yang dibayar boleh membeli sebuah rumah atau pun kereta mewah.

Wanita berkerjaya di Malaysia juga tidak terkecuali di dalam scenario ini. ‘Window shopping’ dijadikan hobi hujung minggu, masa lapang mahu pun waktu rehat tengah hari. Cukuplah membeli sebatang gincu berjenama Dior, M.A.C atau pun Yves Saint Laurent. Itu sudah memadai dan memberi kepuasan di hati mereka. Betulkan saya jika saya silap.

Ada juga yang sanggup berlapar untuk menyimpan wang demi mendapatkan beg tangan Louis Vuitton, Tod’s atau Coach. Kita sedia maklum bahawa jenama-jenama mewah ini memang lumayan harganya. Beg ‘messenger’ Louis Vuitton sahaja boleh mencecah harga RM10,100. Tidak sayang duitkah? Bukankah ‘brand’ yang lain juga mampu menawarkan kualiti yang setimpal dan harganya pula jauh lebih berpatutan? Saya bukanlah menidakkan keupayaan kuasa beli kaum wanita.

No comments:

Post a Comment