Followers

Saturday, June 19, 2010

Aksesori & Ketrampilan

BIOTHERM HOMME FORCE SUPREME REBUILDER




Biotherm Homme memperkenalkan produk penjagaan wajah khas untuk lelaki terbaharu bagi mengatasi masalah kedutan dan penuaan. Force Supreme Rebuilder yang telah berada di pasaran Mei lalu merupakan produk efektif berteknologi tinggi dengan kombinasi 3 bahan aktif anti-penuaan. Ia menjadikan kulit wajah lebih tegang dan anjal. Hanya gunakan ia pada bahagian yang mahu dirawat seperti selepas bercukur setiap pagi. Dijual pada harga RM195.


DIESEL FUEL FOR LIFE SUMMER EDITION




Pewangi jenama Diesel memperkenalkan koleksi terbaharunya, Diesel Fuel For Life edisi musim panas. “Put more colour in your life!” Bertepatan dengan tagline itu, pewangi ini dicipta dengan botol berwarna biru neon. Haruman memikat pewangi ini disemarakkan dengan adunan verbena, anis, petitgrain, lavender, virile vetiver, driftwood dan heliotrope. Segar, dinamik dan penuh kejutan. Akan berada di pasaran Julai ini pada harga RM190 (75ml).



ALFRED DUNHILL SIDECAR GREY




Menepati pilihan dan cita rasa eksekutif muda berjaya, Alfred Dunhill meneruskan legasinya dengan memperkenalkan koleksi beg terbaharu, Alfred Dunhill Sidecar Grey. Koleksi beg dokumen misalnya hadir dengan rekaan berakar umbi jenama ini. Kulit berkilat dalam rona kelabu begitu eksklusif dan sofistikated.



MASSIMO DUTTI WORLD CULTURE



Bagi anda yang ingin memiliki sepasang sepatu loafer, jangan lupa untuk menjenguk ke mana-mana butik Massimo Dutti. Musim ini, Massimo Dutti memperkenalkan koleksi yang bertemakan budaya dunia dan visi musim panas. Loafer dari koleksi World Culture dan Luster ini direka unik menggunakan kulit lembut. Hadir dengan rangkaian rona bumi. Ia tampak vintaj, berkualiti dan mewah.

No comments:

Post a Comment