Followers

Tuesday, November 16, 2010

عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha


Salam Aidiladha MJMA ucapkan buat semua sahabat handai MJMA di blog Seruling Qaseh ini..

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Monday, November 15, 2010

Pecah Tabung!!!!!

Banyak nyer duit syiling!!!!!!!...
akhirnya pecah juga tabung botol mineral water 1500ml aku ni.. hampir setengah tahun gak tak korek tabung ni.. kalau dulu masa di johor selalu korek bile nga sesak2 tengah bulan tuh kan.. Kalau dulu tabung ni share dengan Aman, now bile dah 2 bulan kat KL ni aku sorang jerk la yang korek..

Tinggal di KL ni harus banyak bersabar dan harus kuat dari segi pembelanjaan seharian.. Zaman skrg ni semua perlukan duit, so dengan permulaan membina kerjaya dan kehidupan baru di KL ni aku harus korbankan tabung aku ni untuk menampung pembelanjaan harian aku..

Walau pun jumlah nyer tak seberapa sekurang2nya dapat jugak la aku bernafas dan mengalas pelur ni, walapun kadang2 harus mengkat perut demi meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh liku ini...

Masa tukar duit syiling aku ni kt kedai KK sebelah tempat aku kerja tuh segan la juga... tapi apa kan daya hidup tak perlu malu ini lah dugaan dan ujian buat aku agar lebih bersyukur dengan rezeki dan peluang hidup yang tela diberikan Nya..

Friday, November 5, 2010

Cintai Aku Dari Hati... Bukan Kerana Luaran...

Alhamdullilah.. syukur akhirnya dapat juga mjma update blog yang sekian lama mjma tinggalkan ni.. Sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama rakan2 semua tetapi masa menjadi penghalang buat mjma terus mengupdate blog ini..

Kebelakangan ini pelbagai cerita dan pengalaman yang mjma harungi dalam kehidupan seharian mjma sebagai manusia.. Manusia ni tak dapat lari dari pelbagai dugaan dan rintangan kehidupan.. Kalau hidup tanpa dugaan maka tak sempurna lah sebuah kehidupan seseorang itu.. Cuma bagaimana cara dan tindakan yang harus kita lakukan untuk menjadikan dugaan itu sesuatu yang terindah dalah hidup kita meski pun dugaan itu adalah sesuatu yang amat pahit untuk kita jalani..

Sepahit mana pun kita harus la bijak untuk mengatasi nya agar ianya menjadi satu pengalaman dalam kehidupan kita.. Moga di masa yang akan datang menjadi pedoman dan panduan buat kita mengingati akan kepahitan yang pernah kita lalui.. Kerna itu la yang terbaik buat kita agar lebih berwaspada dan bijak mengatur langkah..

Bergitu juga dalam percintaan.. Cinta adalah kalimah yang indah dan suci yang lahir dari hati yang jujur dan ikhlas.. setiap kepahitan dan keduaan dalam percintaan adalah asam garam dalam sesebuah perhubungan itu.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula orang yang bercinta, perpatah ini sering kita ungkapkan jika berlakunya pergolakan dalam sebuah perhubungan..

Maka cintai la diri ini bukan kerana paras rupa tetapi cintai lah diri ini kerana kau memang benar2 mencaintai aku sejujur2nya dan seikhlas2nya.. Tetapi mjma tak pernah mendapat cinta yang sejati semuanya hanyalah kernan luaran mjma, mjma bukan nak bangga dan perasan tetapi ini lah reality yang mjma harus tempuhi saban hari.. Mjma bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap diri ini, sesungguhnya ciptaan Nya mmg indah... Kasih sayang dan keperihatinan adalah tunjang utama yang mjma ingin kan dalam perhubungan bukan kemewahan yang mjma harapkan.. Harap kalian paham apa yang mjma maksudkan...

"Cintai aku dari hati yang jujur dan ikhlas dan bukan cintai aku hanya pada luaran"

Sunday, October 3, 2010

Tangisan Ini...

Tangisan ini mungkin tangisan seoang lelaki yang hidupnya penuh dengan dugaan dan ujian dari yang Maha Esa.. Terima kasih Allah kerna dari setiap ujian yang Engkau berikan kepada aku, tidak sedikit pun aku mengeluh malah aku sentiasa bersyukur atas apa yang telah terjadi.. Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, aku bersyukur jika perjalan hidup aku ini ditakdirkan sesuatu yang istimewa..

Dari JB ke KL mungkin ianya satu keputusan yang terbaik buat aku.. Dapat lupakan segala kenangan terindah dan kenangan terpahit yang pernah aku tempuhi disana.. Walapun mempunyai sahabat yang rapat dengan aku, tapi mereka masih lagi tidak mampu menjadi sahabat yang betul2 boleh mendengar setiap rintihan hati aku ini.. Masih lagi tidak mampu bersikap jujur terhadap jalinan persahabatan yang telah terikat erat ini.. Maafkan aku sahabat kerna banyak lagi yang kalian harus mengetahui siapa diri aku ini..

Cinta datang dan pergi.. Pergi berlalu dengan kenangan yang manis dan sebaliknya itulah cinta.. Sukar untuk kita ungkapkan dengan kata2.. Benar orang kata cinta tak semestinya memiliki dan cinta itu tak perlu dipaksa.. Cinta datang dengan sendirinya jika kita ikhlas dan jujur dalam mencari apa itu cinta yag sebenar.. Walapun dalam kehidupan seharian aku, aku cuba untuk bergembira dan lupakan soal cinta tetapi aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari memikirkan soal itu.. Ada kala nya aku rindu pada dia, dia yang pernah hampir 4 tahun menjadi sebahagian dalam hidup aku.. Yang pernah susah senangnya bersama aku, yang tak pernah mengeluh setiap apa yang berlaku.. Dia yang sentiasa memberi aku kata semangat agar tetap kuat untuk teruskan kehidupan ini.. Dia yang selalu sayang akan diri ini.. Mungkin setelah hubungan yang dulunya cinta dan kini hanya sebagai teman sedikit sebanyak membuai perasaan rindu dan sayang terhadap dirinya..

Buat si dia semoga kita akan terus manjadi teman yang terbaik buat selamanya.. Setiap apa yang perna kita lalui selama ini kita jadikan satu sejarah yang terindah buat kita.. Jangan pernah kesal dengan apa yang telah terjadi diantara kita.. Sesungguhnya ini la yang terbaik buat kita..

Monday, September 6, 2010

Akhirnya Ramadhan.. Syawal Menjelang..

Assalammualaikum...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia, sayang rasanya untuk akhiri bulan puasa yang penuh berkah ini.. InsyaAllah semoga sepanjang di bulan yang mulia ini kita dapat mengambil kesempatan menambah dan meningkatkan amal ibadat kita terhadap Allah SWT..

Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi ini semoga segala persiapan untuk menyambut AidilFitri telah siap hendaknya.. Buat jeff tahun ini Syawal disambut dengan segala kesederhanaan hanya yang termampu sahaja.. Alhamdulillah semoga apa yang dikurniakan dan diberikan oleh Nya kepada jeff, jeff terima dengan hati yang bersyukur..

Di kesempatan ini jeff ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin" Buat semua yang mengenali diri ini dan semua yang sudi follow jeff di Blog ini..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al- Mubarak


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat handai yang sudi singgah ke blog MJMA..

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi kerna dengan limpah rahmat-Nya sekali lagi kita diketemukan dengan bulan yang penuh keberkataan ini. Terima kasih Allah dengan izin Nya MJMA dan rakan2 sekalian dapat menikmati sucinya bulan Ramadhan kali ini. Timbul rasa hiba dan gembira kerna jodoh dan rezeki buat kita untuk menempuh 1 bulan yang penuh dengan seribu manafaat buat kita semua.

MJMA suka untuk mengingatkan kepada semua rakan2 dan juga diri MJMA sendiri agar dengan hadirnya bulan Ramadhan ini marilah kita bersama2 meningkatkan dan memantapkan lagi iman dan takwa kita terhadap Tuhan yang Maha Esa.. InsyaAllah segala kebaikan yang kita lakukan sama ada kecil atau besar ianya diterima oleh Allah SWT.. Amin..

Hindarkan diri kita daripada melakukan sesuatu perkara yang mengundang kepada keburukan terhadap ibadah kita, sesungguhnya di bulan Ramadhan ini setiap kebaikan yang dilakukan akan diberikan ganjaran yang berkali ganda. Ambil lah kesempatan ini untuk menambah amal kita di dunia dan di akhirat.

Akhir kata dari MJMA setiap kata yang MJMA lahirkan ini bukan lah hanya untuk rakan2 sahaja malah buat diri MJMA sendiri. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sekali lagi ikhlas dari MJMA..

Sunday, July 25, 2010

|Aku Yang Tanpa Titik Nohkta|

Salam kasih sayang dari MJMA buat kalian semua..

Hadir nya nukilan yang tidak seberapa ini hanya lah untuk MJMA melepaskan rasa yang terbuku selama ini MJMA pendam didalam hati.. Iya MJMA memang seorang yang suka pendam sesuatu masalah daripada meluahkan nya dan berkongsi kepada orang yang terdekat.. MJMA bukan apa cuma tidak mahu penderitaan dan kepayahan yang MJMA alami ini akan membebankan orang-orang terdekat dengan MJMA.. Cukup la selama ini MJMA telah banyak bergantung hidup dengan mereka yang dekat dengan MJMA seggala pengorbanan yang telah mereka lakukan tidak dapat MJMA balas sekarang, InsyaAllah sekiranya MJMA masih lagi bernafas dan masih lagi mempunyai semangat juang yang teguh MJMA akan cuba membalas jasa mereka..

Sebenarnya bukan mudah menjadi seorang lelaki yang bernama MJMA ni, iya lah MJMA ni bukan la seorang yang berpelajaran tinggi macam kalian.. MJMA sekolah sampai tingkatan 4 sahaja, kemudian lari ikut mak MJMA ke Pasir Gudang ini kerana mak dan ayah sudah berpisah.. Semuanya bermula dari tahun 2006 dan hingga lah kini MJMA seorang yang hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga ini kerana MJMA tidak mahu keluarga tahu kepayahan dan kesusahan yang MJMA alami.. Hubungan MJMA dengan adik beradik dan juga ayah adalah tidak baik, MJMA lebih banyak mengharungi keperitan hidup ini seorang diri.. Jujur MJMA katakan kalau MJMA lagi kesulitan dan tiada wang untuk sehari-hari kawan-kawan yang terdekat lah tempat MJMA meminta pertolongan..

Kini hidup MJMA tidak seperti apa yang kalian sangka kan, mungkin tampak dari luaran MJMA seorang yang selalu ceria dan tidak mempunyai masalah peribadi yang keronik tetapi ini lah hakikatnya hidup seorang MJMA yang penuh dengan ujian hidup.. Kalau ada masalah nak cari keluarga MJMA tak mampu jadi dengan tebalkan muka hidup dengan kawan-kawan yang sudi menerima MJMA tinggal bersama mereka.. Rasa sedih itu tetap ada dalam diri ini sebab ialah siapa yang tidak rindukan suasana kekeluargaan yang harmoni MJMA amat merindui suasana itu.. Kekadang MJMA tumpang gembira dan merasa kegembiraan keluarga kawan-kawan yang dekat dengan MJMA sekiranya berpeluang pulang ke kampung halaman mereka.. Walaupun tidak sama dengan keluarga MJMA tetapi MJMA cuba untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka..

Soal cinta!!! letih dan lelah itu lah ungkapan yang cocok buat masa ini, sekarang MJMA sudah lepaskan mereka berdua tetapi MJMA cuba untuk kembali kepada yang pertama.. Pada awalnya MJMA dapat berita yang pertama itu sering menangis dan teringatkan MJMA, bohong kalau MJMA tidak berasa simpati dan hiba pada dia.. MJMA sanggup lepaskan yang kedua hanya kerna untuk balik semula kepada yang pertama tetapi kini pertama sudah ceria dan gembira dengan hidup dia.. Sehingga kegembiraan yang yang dia kecapi membuat MJMA berasa MJMA tidak lagi perlu berada di sisi dia dan kini MJMA telah kuburkan niat MJMA itu agar tidak lagi mennaruh harapan pada yang tidak pasti.. Kini MJMA buang jauh sejarah hidup MJMA dengan yang pertama, walau pada hakikatnya setiap detik MJMA tidak pernah lupakan kenangan bersama si dia.. Dia terlalu baik buat MJMA dan dia juga adalah salah seorang daripada mereka yang membantu MJMA sepanjang MJMA dalam kesusahan.. MJMA mendoakan semoga dia selalu ceria dan gembira dengan apa yang dia lakukan sekarang.. MJMA tau dia juga akan membaca warkah ini buat si dia :-

" MJMA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, sekiranya selama ini MJMA banyak melakukan kesilapan terhadap awak, iya betul cakap awak dan rakan-rakan awak MJMA memang seorang yang penakut hanya berani dibelakang.. MJMA tidak pandai berdepan dengan masalah sebab itu lah hubungan kita hanya sampai disini.. Seperti apa yang MJMA pernah katakan kepada awak, MJMA akan buang jauh nama awak, raut wajah awak dan diri awak jauh dari pandangan mata MJMA.. tetapi setiap kebaikan awak terhadap MJMA tidak pernah MJMA lupakan.. Semoga awak ceria dan gembira bersama rakan-rakan baru awak dan MJMA minta awak pun dapat membuat seperti apa yang MJMA lakukan ini.. Memang bukan mudah untuk MJMA buang semua kenangan kita bersama tetapi MJMA terpaksa melakukan nya.. Hati dan jiwa ini sudah terlalu letih untuk semua ini dan akhir sekali tolong jangan cari MJMA lagi"

MJMA berharap dengan apa yang MJMA ceritakan ini menjadi satu pengajaran buat kita semua, walapun cerita ini tidak sehebat cerita orang lain tetapi pelbagai pengajaran yang dapat MJMA berkongsi bersama..

Sekian, Salam sayang dari MJMA...