Followers

Monday, September 6, 2010

Akhirnya Ramadhan.. Syawal Menjelang..

Assalammualaikum...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia, sayang rasanya untuk akhiri bulan puasa yang penuh berkah ini.. InsyaAllah semoga sepanjang di bulan yang mulia ini kita dapat mengambil kesempatan menambah dan meningkatkan amal ibadat kita terhadap Allah SWT..

Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi ini semoga segala persiapan untuk menyambut AidilFitri telah siap hendaknya.. Buat jeff tahun ini Syawal disambut dengan segala kesederhanaan hanya yang termampu sahaja.. Alhamdulillah semoga apa yang dikurniakan dan diberikan oleh Nya kepada jeff, jeff terima dengan hati yang bersyukur..

Di kesempatan ini jeff ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin" Buat semua yang mengenali diri ini dan semua yang sudi follow jeff di Blog ini..

No comments:

Post a Comment