Followers

Sunday, July 25, 2010

|Aku Yang Tanpa Titik Nohkta|

Salam kasih sayang dari MJMA buat kalian semua..

Hadir nya nukilan yang tidak seberapa ini hanya lah untuk MJMA melepaskan rasa yang terbuku selama ini MJMA pendam didalam hati.. Iya MJMA memang seorang yang suka pendam sesuatu masalah daripada meluahkan nya dan berkongsi kepada orang yang terdekat.. MJMA bukan apa cuma tidak mahu penderitaan dan kepayahan yang MJMA alami ini akan membebankan orang-orang terdekat dengan MJMA.. Cukup la selama ini MJMA telah banyak bergantung hidup dengan mereka yang dekat dengan MJMA seggala pengorbanan yang telah mereka lakukan tidak dapat MJMA balas sekarang, InsyaAllah sekiranya MJMA masih lagi bernafas dan masih lagi mempunyai semangat juang yang teguh MJMA akan cuba membalas jasa mereka..

Sebenarnya bukan mudah menjadi seorang lelaki yang bernama MJMA ni, iya lah MJMA ni bukan la seorang yang berpelajaran tinggi macam kalian.. MJMA sekolah sampai tingkatan 4 sahaja, kemudian lari ikut mak MJMA ke Pasir Gudang ini kerana mak dan ayah sudah berpisah.. Semuanya bermula dari tahun 2006 dan hingga lah kini MJMA seorang yang hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga ini kerana MJMA tidak mahu keluarga tahu kepayahan dan kesusahan yang MJMA alami.. Hubungan MJMA dengan adik beradik dan juga ayah adalah tidak baik, MJMA lebih banyak mengharungi keperitan hidup ini seorang diri.. Jujur MJMA katakan kalau MJMA lagi kesulitan dan tiada wang untuk sehari-hari kawan-kawan yang terdekat lah tempat MJMA meminta pertolongan..

Kini hidup MJMA tidak seperti apa yang kalian sangka kan, mungkin tampak dari luaran MJMA seorang yang selalu ceria dan tidak mempunyai masalah peribadi yang keronik tetapi ini lah hakikatnya hidup seorang MJMA yang penuh dengan ujian hidup.. Kalau ada masalah nak cari keluarga MJMA tak mampu jadi dengan tebalkan muka hidup dengan kawan-kawan yang sudi menerima MJMA tinggal bersama mereka.. Rasa sedih itu tetap ada dalam diri ini sebab ialah siapa yang tidak rindukan suasana kekeluargaan yang harmoni MJMA amat merindui suasana itu.. Kekadang MJMA tumpang gembira dan merasa kegembiraan keluarga kawan-kawan yang dekat dengan MJMA sekiranya berpeluang pulang ke kampung halaman mereka.. Walaupun tidak sama dengan keluarga MJMA tetapi MJMA cuba untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka..

Soal cinta!!! letih dan lelah itu lah ungkapan yang cocok buat masa ini, sekarang MJMA sudah lepaskan mereka berdua tetapi MJMA cuba untuk kembali kepada yang pertama.. Pada awalnya MJMA dapat berita yang pertama itu sering menangis dan teringatkan MJMA, bohong kalau MJMA tidak berasa simpati dan hiba pada dia.. MJMA sanggup lepaskan yang kedua hanya kerna untuk balik semula kepada yang pertama tetapi kini pertama sudah ceria dan gembira dengan hidup dia.. Sehingga kegembiraan yang yang dia kecapi membuat MJMA berasa MJMA tidak lagi perlu berada di sisi dia dan kini MJMA telah kuburkan niat MJMA itu agar tidak lagi mennaruh harapan pada yang tidak pasti.. Kini MJMA buang jauh sejarah hidup MJMA dengan yang pertama, walau pada hakikatnya setiap detik MJMA tidak pernah lupakan kenangan bersama si dia.. Dia terlalu baik buat MJMA dan dia juga adalah salah seorang daripada mereka yang membantu MJMA sepanjang MJMA dalam kesusahan.. MJMA mendoakan semoga dia selalu ceria dan gembira dengan apa yang dia lakukan sekarang.. MJMA tau dia juga akan membaca warkah ini buat si dia :-

" MJMA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, sekiranya selama ini MJMA banyak melakukan kesilapan terhadap awak, iya betul cakap awak dan rakan-rakan awak MJMA memang seorang yang penakut hanya berani dibelakang.. MJMA tidak pandai berdepan dengan masalah sebab itu lah hubungan kita hanya sampai disini.. Seperti apa yang MJMA pernah katakan kepada awak, MJMA akan buang jauh nama awak, raut wajah awak dan diri awak jauh dari pandangan mata MJMA.. tetapi setiap kebaikan awak terhadap MJMA tidak pernah MJMA lupakan.. Semoga awak ceria dan gembira bersama rakan-rakan baru awak dan MJMA minta awak pun dapat membuat seperti apa yang MJMA lakukan ini.. Memang bukan mudah untuk MJMA buang semua kenangan kita bersama tetapi MJMA terpaksa melakukan nya.. Hati dan jiwa ini sudah terlalu letih untuk semua ini dan akhir sekali tolong jangan cari MJMA lagi"

MJMA berharap dengan apa yang MJMA ceritakan ini menjadi satu pengajaran buat kita semua, walapun cerita ini tidak sehebat cerita orang lain tetapi pelbagai pengajaran yang dapat MJMA berkongsi bersama..

Sekian, Salam sayang dari MJMA...

1 comment:

  1. mjma...ash amat terharu ngan cite nie..ash pon pernah lalui nye..sampai saat nie..ash hrp mjma dpt lpskn dry dri hal nie..terlalu perit...sekse..aper yg pernah mjma rasa.ash pon penah rasa...ash doakan mjma dpt insan yg terbaik n ash harap mjma bahgia...amin..

    ReplyDelete